Skim Amanah Saham Bumiputera 2 @ ASB2 Dilancarkan? 10 Bilion Unit Saham?

Skim Amanah Saham Bumiputera 2 @ ASB 2 Dilancarkan? 10 Bilion Unit Saham?

Dalam tempoh 5 tahun, kerajaan pimpinan Datuk Najib sudah pun menerbitkan dua dana. Satu adalah Amanah saham 1 Malaysia (AS1M) dan yang terbaru Amanah saham Bumiputera 2 (ASB2).

Skim Amanah Saham Bumiputera 2 @ ASB 2 (10 Bilion Unit Saham)
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB 2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera.

asb 2

Pada awalnya Berita Semasa tidak jelas erti “suntikan” di mata kerajaan. Mengapa perlu suntik modal pada ASB2? Bukankah pelabur yang melabur dikirakan sebagai menanam modal? Bukannya kerajaan yang melabur.

Ertinya di sini, ekonomi Malaysia dalam keadaan tidak baik sekarang ini. Ekonomi Malaysia mengalami defisit yang sangat merisaukan. Hutang kerajaan Malaysia sudah melebihi RM600 bilion (KLIK SINI). Hutang isi rumah yang tinggi. Hutang bagus? Bagus…jikalau diuruskan dengan bijaksana. Tetapi jikalau hutang yang terlalu tinggi, apakah kesannya kepada entiti dan individu?

Walaubagaimanapun untuk kalangan rakyat Malaysia yang tidak berminat untuk berniaga, tidak tahu kemana mahu dililaburkan duit mereka, ASB 2 adalah platformnya berbanding pelaburan yang lain.

Sekarang ini, kerajaan terpaksa terbit saham untuk mengawal defisit kerajaan Malaysia yang terus melonjak tinggi? Apabila kerajaan Malaysia sudah tidak berkemampuan memberikan dividen yang sepatutnya kepada pelabur, akhirnya penyelesaian terbaik adalah menerbitkan saham baru dan yang terkini ASB 2.

KLIK : Kepada yang belum daftar, boleh semak cara daftar asb online dan lakukan tutorial asb online login

Impak Amanah Saham Bumiputera ASB 2

  • Kerajaan terbit saham baru ASB 2
  • Orang ramai “dump in” duit lagi ke dalam kantung
  • Akhirnya ada tambahan “cash flow” untuk dibuat pusingan modal pelaburan
  • Walaubagaimanapun, akhirnya kita akan melihat kesan yang kurang baik di mana semakin lama semakin susut nilainya
  • ASB janji bagi sekitar 8% termasuk dividen. Tidak cukup wang, diterbitkan AS1M kemudian janji sekitar 6%. Tidak cukup wang? Terbit lagi saham baru…….begitulah seterusnya.
  • Lihat sejarah, apa sudah jadi kepada ASJ dan juga ASBSN?

Selalunya apabila kerajaan/sesebuah organisasi menubuhkan dana baru, makanya kerajaan sudah tiada duit. Duit rakyat Malaysia yang dilaburkan adalah liabiliti kepada kerajaan, disebabkan mereka terpaksa membayar semula. Apatalah lagi untuk memastikan keuntungan sehingga 8% kepada pelabur.

  • Kerajaan arahkan EPF kuatkuasakan penegeluaran sehingga ke umur 60 tahun.
  • Kerajaan telah pinjam berbilion-bilion duit EPF sehingga tidak mampu membayar semula andaikata bakal pesara mengeluarkan keseluruhan pada umur 55 tahun
  • RM5 billion sudah EPF pinjamkan kepada ValueCap. Apa sudah jadi dengan dana sebesar itu?

Dan disebalik tujuan ASB2 dilancarkan sekarang ini adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada kalangan pelabur yang sudah mencapai had RM200,000 dalam ASB yang sedia ada. Persoalannya sekarang, pelabur yang lebih limit ini kebanyakannya golongan yang kaya. Bukankah kerajaan berhasrat untuk memperkasakan Ekonomi Bumiputera? Bagaimana dengan pelabur dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana? Berapa banyak unit mereka dalam kantung ASB?

Dan kenapa tidak digalakkan sahaja melabur di UNIT yang sedia ada dan ditumpukan kepada dana seperti ASN, ASW, ASM, ASD, AS1M dan AHB (PHB)? Apa respon balas anda pula?

Leave a Reply