Isi Borang Permohonan MRSM Online Utama Miskin dan Serdahana

Borang Permohonan MRSM Online Utamakan Golongan Miskin dan Serdahana

Ada yang mengatakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah tersasar jauh terutamanya melibatkan kemasukan MRSM. Mereka merasakan MARA hari ini telah mengutamakan pelajar dari kalangan golongan yang berkemampuan dan golongan kaya.

Ini dapat dilihat apabila ada cakap-cakap mengatakan ada kereta Mercedes, malah kelibat kereta Bentley juga ada yang datang melawat anaknya pada hujung minggu.

borang permohonan mrsm online

Namun MARA memberikan respon segera apabila mengatakan pelajar yang memberikan prestasi cemerlang yang datang dari kalangan keluarga yang mempunyai gaji dan pendapatan masih lagi diutamakan.

Semua ini dibuat supaya kalangan yang gaji dan pendapatan rendah, anak masing-masing mendapat akses pendidikan yang lebih berkualiti.

Isu Permohonan ke MRSM Didominasi Golongan Kaya?

Oleh itu objektif dan misi sebenar MARA tidak pernah sama sekali tersasar.

Malah berdasarkan rekod mypt3.com, keputusan permohonan MRSM 2019 Tingkatan 1 dan keputusan permohonan MRSM 2019 Tingkatan 4 secara keseluruhan menunjukkan majoriti besar dikalangan miskin. Malah dicampurkan pelajar luar bandar dan pelajar dari kalangan miskin ada melebihi 86 peratus.

Walaupun semua orang boleh memohon secara online, tetapi MARA sentiasa memantau permohonan MRSM online supaya kalangan pelajar miskin dan pelajar dari keluarga serdahana diberikan keutamaan berbanding kumpulan pelajar lain.

Jadi kepada yang lain usahlah bersusah hati. Kepada yang berhak tetap layak mendapat hak anda berdasarkan janji MARA untuk membantu golongan yang berkelayakan.

Leave a Reply