BR1M 3.0 Malaysia Bernilai RM600 dan RM300 Bayar 2 Kali Setahun

br1m 3 malaysia

Gelombang BR1M 3.0 akan bermula tidak lama sahaja lagi. Seperti yang pernah Berita Semasa kongsikan (DI SINI), nilai pemberian BR1M 3.0 dijangka akan dinaikkan kepada RM600 & RM300. Walaubagaimanapun…..

Berdasarkan butiran awal yang telah diumumkan sendiri Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan ada kelainan sedikit mekanisme pembayaran BR1M 3.0 Malaysia kali ini atau dikenali dengan nama baru iaitu semakan bantuan sara hidup rakyat, http://mypt3.com/semakan-bantuan-sara-hidup

Butiran Awal BR1M 3.0 Malaysia 2014

  • Pembayaran BR1M 3.0 akan dibayar 2 kali setahun bermula tahun 2014
  • Pembayaran BR1M 3.0 Malaysia akan dibayar terus ke akaun bank anda
  • Tujuannya, kerajaan mahu menggalakkan penerima menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan.
  • Pengumuman BR1M 3.o Malaysia akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Oktober 2013 ini.

Bermakna rakyat Malaysia (bakal penerima BR1M 3.0) tidak perlu lagi bersusah payah mendengar ceramah dan beratur panjang bagi mendapatkan wang tunai daripada tangan pemimpin politik sendiri seperti mana yang berlaku menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas.

Subsidi minyak telah pun ditarik sedikit demi sedikit daripada rakyat Malaysia yang menyebabkan kenaikan rantaian kos sara hidup rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya dengan pemberian BR1M 3.0 Malaysia kali ini dapat membantu meringankan sedikit beban yang dialami sekarang. Cuma…..diharapkan golongan yang layak ditambah senaraiannya. Setuju?

P/S : Berita Semasa berharap dengan pembayaran BR1M 3.0 Malaysia 2 kali setahun pada 2014, jangan pula subsidi minyak pun ditarik 2 kali setahun.

Leave a Reply