BR1M 2.0 : BN Juara Urus Ekonomi Malaysia (Hasil LHDN RM125 Bilion)

Agihan BR1M 2.0

Pengagihan BR1M 2.0 telah pun dirasmikan dan pengagihan telah pun dimulakan. Yang kami perasan, Di Sarawak sekitar Saratok sudah pun bermula lebih awal. Bermula daripada sekarang ini akan bermulanya musim mengagihkan wang BR1M 2.0 bernilai RM500 & RM250 kepada 7 juta penerima yang “bertuah” itu sehingga berakhirnya bulan Februari 2013.

Dan kepada penerima BR1M 2.0 tau sekarang ini dikenali dengan semakan bantuan sara hidup rakyat, anda akan menerima surat-surat jemputan seperti yang diumum di portal ini untuk anda hadir ke majlis penyerahan yang dah ditetapkan di kawasan anda….

Bagi kami usaha pemberian BR1M 2.0 sangat baik dilakukan dan sepatutnya diteruskan di masa akan datang. Tetapi dalam pada masa yang sama kerajaan perlu mengambil serius dengan mencari jalan penyelesaian terbaik bagaimana cara untuk mengekang lonjakan kos sara hidup yang menghimpit golongan pertengahan, dan berpendapatan rendah termasuklah isu pemilikan rumah.

Pemberian one off pun ada bagusnya juga untuk cara pengawalan bagi tempoh jangka masa pendek. Dalam pada masa yang sama perbelanjaan bulanan rakyat dan disposable income (pendapatan boleh guna rakyat Malaysia) perlu dipandang dengan serius. Insyaallah….

Video Ucapan Najib Razak Sempena BR1M 2.0

Yang mana ada menghantar permohonan BR1M 2.0 2013 sebelum ini, boleh membuat semakan menerusi link di bawah ini :

=> Semakan BR1M 2.0 2013

Mana-mana yang berjaya menerima BR1M RM250 (bujang) & RM500 (isi keluarga), anda berpeluang untuk mendapat lebih daripada ini iaitu sekitar RM1000 (SEPERTI DI SINI) untuk BR1M 3.0 dengan syarat, anda mesti menyokong Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Berminat?

Leave a Reply