Dividen Bank Rakyat 15% + Bonus Saham 5%. Saya Mesti Pilih!!

Kalau ikutkan agak lambat sedikit pengumuman dividen bank rakyat bagi tahun 2011 kali ini. Walaubagaimanapun penantian kalangan ahlinya tidak sia-sia apabila pengagihan dividennya adalah sebanyak 15% bersama-sama dengan bonus saham Bank Rakyat sejumlah 5%.

KUALA LUMPUR 26 Mac – Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011. Ia merupakan kenaikan sebanyak 17.6% atau RM301.9 juta berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya. Bank Rakyat turut mengumumkan dividen sebanyak 15% dan bonus saham sebanyak 5% bagi tahun kewangan berakhir 2011. (Sumber: UTUSAN MALAYSIA)

Tahun ini, semua semua tempat simpanan memberikan dividen yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

dividen bank rakyat

  • Pengumuman Januari – Pelaburan ASB naik
  • Pengumuman Februari – Pelaburan Tabung Haji naik
  • Pengumuman Mac – Pelaburan Bank Rakyat naik

Berapa Dividen Bank Rakyat Kali Ini?

Jadi untuk pulangan sebanyak 20% memang berbaloi-baloi namanya. Sesuai dengan tagline Bank Rakyat “Saya mesti pilih”. Dan pulangan 20% ini sama seperti yang diumumkan pada tahun 2008. Bagaimana pula dengan pengumuman dividen bank rakyat 2019 kali ini.

Jika anda mahu mohon tambahan syer beberapa kriteria boleh dilihat termausklah anda merupakan pemegang syer yang agak lama, kuota 100,000 belum penuh lagi, ada buat pinjaman peribadi dengan Bank rakyat, dan tidak lupa juga contact orang dalam Bank Rakyat, ada harapan cerah untuk anda diberikan “lebih perhatian” untuk tambah syer tersebut. Ada rakan-rakan lagi mahu tambah cadangan?

P/S : Mungkin untuk tahun ini. Tetapi…..selepas ini kami jangkakan tahun hadapan jumlah pulangannya akan mula berkurangan

Leave a Reply