[GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan (VVIP) di Malaysia

kereta mewah

Daripada sumber yang boleh dipercayai, saya dapat tahu yang Sultan dapat membeli kereta tanpa dikenakan sebarang cukai(memang ada peruntukan sebegitu).

Kalau ikutkan deretan kereta mewah seperti di bawah, faham-faham jela tax dan cukai pendapatan kat Malaysia ni berapa contohnya di sini, jadi mereka beli kereta mewah ini tidak sama harga dengan orang biasa beli. Lagipun sultan diberikan keistimewaaan mendapat 1 AP kereta setiap tahun.

Asyik-asyik politik dan isu semasa.

Okey, kali ini saya nak kongsikan beberapa gambar yang tersimpan yang mana memaparkan koleksi kenderaan mewah yang dimiliki orang kenamaan(VVIP) di Malaysia.

Kereta Pagani Zonda ini milik Dato Mokhzani. Kat Malaysia hanya 2 individu yang memiliki kereta ini. Seorang lagi, Tengku Muda Johor.

Kalau anda tidak pernah dengar nama Datuk Seri Syed Azman, individu ini terkenal dengan gelaran Raja AP.

Antara deretan kereta mewah yang dimilikinya, antaranya ialah Lexus Cygnus – Warna yellowish cream, Hummer H2 warna Gold/Oren (Ada banyak spotlight besar), Ferrari 360 Modena warna light blue, Bentley Continental, Honda MDX warna hitam dan macam-macam lagi..

Kapal-kapal terbangnya, dia register menggunakan plat Amerika, tapi masih meletakkan bendera Malaysia. Motif? Tidak dapat dipastikan.

P/S : Kalau ada di antara anda mempunyai beberapa koleksi gambar lain yang memaparkan kenderaan mewah VVIP di Malaysia boleh kongsikan bersama kami dengan menghantarkannya kepada kami

Leave a Reply