Harga Minyak Naik 20 sen : Kenaikan Gula, Tepung, Gas, Minyak Masak

harga minyak naik

Agak senada dengan kenyataan Presiden Persatuan pengedar petroleum (KLIK SINI). Menjelang Pembentangan Bajet 2014 pada Jumaat ini. Sekejap rasanya masa berlaku, terbaru Penyelidik Alliance Research, Manokaran Mottain tampil mendedahkan hasil kajian menyeluruhnya bersama pasukannya mengenai halatuju dasar kerajaan Malaysia selepas ini.

Berdasarkan kajian, kerajaan akan mengumumkan lebih banyak mengumumkan pengurangan subsidi @ kenaikan harga tidak lama sahaja lagi. Antaranya…..

Dalam bahasa media arus perdana, istilah kenaikan digantikan kepada rasionalisasi. Sebenarnya sama sahaja mekanismenya. Cuma bunyinya agak “indah”.

Senarai Kenaikan Harga @ Pengurangan Subsidi Untuk Rakyat Malaysia

  1. Berdasarkan laporan berita terkini di sini, kerajaan dijangka akan mengurangkan subsidi minyak sekaligus menyebajbkan kenaikan harga minyak naik sekali lagi sebanyak 20 sen bagi RON95 & 10 sen bagi diesel dalam tempoh 6 bulan daripada sekarang. Hampir pasti berlaku. Ini antara penyelesaian yang cuba diambil pihak kerajaan dek kerana hutang kerajaan Malaysia yang terus melambung tinggi (SEPERTI DI SINI) dan bagi memastikan sumber kewangan negara sentiasa mampan
  2. Barangan lain juga seperti minyak masak, gula, tepung, gas memasak akan naik tidak lama lagi dan terlepas daripada terkena tempias bahang pengurangan subsidi oleh kerajaan Malaysia selama ini
  3. Seterusnya, kerajaan akan mengumumkan tempoh masa yang lebih jelas pelaksanaan mekanisme Fuel Cost Pas Through (FCPT) bagi mekanisme ketetapan kenaikan tarif elektrik kepada anda semua di sini. Nantikan…

Sejarah Pembahagian Subsidi di Malaysia : Tahun 1990 VS 2013

  • Dahulu subsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1990 : RM494 juta @ 1.7% hasil kerajaan Malaysia
  • Sekarang subsidi kerajaan kepada rakyat Malaysia @ golongan kapitalis Malaysia (CONTOHNYA DI SINI) pada tahun 2013 : RM37.6 bilion @ 18.6% daripada hasil negara (RM24.8 bilion atau 11.9 peratus adalah subsidi minyak & gas)

Semuanya dilakukan supaya lebih ramai rakyat miskin di Malaysia mendapat manfaatnya. Itu kata di pihak kerajaan. Apa respon balas anda pula menjelang bahang gelombang kenaikan segala barangan di Malaysia selepas ini?

Leave a Reply