Harga Rumah Mampu Milik (PR1MA) Bawah RM400,000 di Malaysia

rumah prima

Masalah terbesar kebanyakan golongan pertengahan di kawasan bandar hari ini, apa dia? Kalau tidak bukan mendapat satu kediaman untuk mereka berteduh pada harga yang berpatutan.

Di mana mereka berjaya memiliki kediaman sendiri dan dalam pada masa yang sama pemaju tidak menekan pembeli dengan menjual pada kadar keuntungan 100% seperti yang berlaku pada kebanyakan projek perumahaan hari ini.

Nah…..itu sebablah berdasarkan laporan mypt3, Datuk Seri Najib Razak tampil dengan idea PRIMA ini dengan menawarkan harga mampu milik kepada anda semua. Harga?

Harga rumah yang dirasakan sesuai dan “mampu milik” kepada semua adalah RM400,000 ke bawah.

Dengan bayaran bulanan sekitar RM2,000 sebulan untuk tempoh jangkahayat pinjaman selama tempoh 40 tahun, anda bakal berjaya memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar. “Tahniah!”

Sekitar 2 tahun dahulu, kami pernah menyentuh mengenai kadar harga rumah yang diletakkan di bawah skim perumahan PR1MA yang wajar disemak semula.

Semakin tinggi paras harga rumah yang ditawarkan di bawah satu skim yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki rumah mampu milik di kawasan bandar, pastilah pemaju akan menggunakan kesempatan untuk membina rumah-rumah yang mampu menjana keuntungan yang berlebihan kepada mereka.

Kalau ikutkan kawasan Bukit Raja agak elit juga disebabkan dekat dengan Setia Alam & berdekat dengan beberapa lebuhraya utama di Lembah Klang. Harga rumah sekarang terutamanya projek-projek baru lebih mahal berbanding subsale. Disebabkan kebanyakan projek-projek baru ini, pembeli tidak perlu bayar deposit sehingga 10% & setem duti, S & P pun ada dikecualikan atau mendapat potongan diskaun. Semuanya kos-kos ini dimasukkan sekali dalam harga rumah tersebut.

Cuma meletakkan “kata-kata penarik” bagi rumah teres 2 tingkat dengan keluasan 1,310 kaki persegi & 1,38o kaki persegi di bawah harga RM400,000 adalah di bawah harga pasaran? Benarkah? Mengapa tidak berterus-terang?

Namun, kalau kerajaan benar-benar berhasrat untuk membuat rumah mampu milik pun, buatkanlah dalam lingkungan RM150,000 hingga 300,000 tidak kira lokasi mana-mana. Jikalau di kawasan bukit Raja Klang contohnya, memang elok diperbanyakan lagi apartment 3 bilik, keluasan keluasan dalqm 1,000kps. Harga tawarkanlah sekitar RM150,000 sahaja. Insyaallah ramai yang akan mampu beli.

Jika yang merencanakan projek perumahan mampu milik di Malaysia berpijak di Bumi yang nyata, sesuai dengan tahap disposable income (sebelum beli rumah) rakyat lepas tolak belanja itu ini, rumah mampu-milik sepatutnya dalam lingkungan :

  • RM80,000 – RM120,000 (apartment)
  • RM200,000 – RM250,000 (teres setingkat)

Projek PRIMA VS Projek Setia Alam?

Ya…..memang betul harga RM200,000 pun di bawah paras RM400,000. Tetapi apabila disebut RM400,000 bermaksud rumah paling mantap dalam projek perumahan PR1MA adalah berharga sekitar RM400,000 untuk rumah teres 2 tingkat.

Sepatutnya, perbanyakkan lagi rumah apartmen, townhouse ataupun rumah setingkat kawasan-kawasan bandar.

  • Projek perumahan di Setia Alam rumah teres 2 tingkat intermediate (luas lantai 2000kps) harga yang ditawarkan adalah sekitar RM500,000. Dan jikalau diterjemahkan keluasan rumah kepada nilai sekaki persegi adalah RM250
  • Manakala projek PR1MA dengan maksimum 1380kps bagi jualan harga pada paras tertingginya adalah RM400,000?
  • Baiklah. Di antara projek perumahan PR1MA VS projek elit Setia Alam mana satu sebenarnya rumah mampu milik?

Bukit Raja dengan Setia Alam tidaklah jauh mana pun antara satu sama lain. Adakah projek Setia Alam sebenarnya ‘lebih PR1MA’ berbanding PR1MA yang dilancarkan baru-baru ini oleh Datuk Seri Najib.

Kami pulangkan persoalan ini kepada anda untuk diperdebatkan…

Leave a Reply