Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Online Membebankan Guru

pbs online

Biasalah, benda baru seperti sistem online yang digunakan kalangan guru sekarang ini seperti sistem penaksiran berasaskan sekolah (PBS) akan ada masalahnya. Persoalannya bagaimana dan berapa lama masalah seperti ini akan berpanjangan?

Masalah sistem PBS sekolah online ini telah pun dipanjangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk ditambahbaik selepas menerima banyak rungutan daripada kalangan guru-guru. 

Sistem PBS sekolah online mula diperkenalkan bagi menambaikbaik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorentasikan peperiksaan. Sebenarnya, sistem PBS sekolah online dibangunkan bertujuan untuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjalng 2014.

KLIK SINI untuk saps ibu bapa ; http://mypt3.com/saps-ibu-bapa-semakan-nkra

Antara Rungutan Masalah Sistem PBS Sekolah Online Ini?

Masalah kelewatan  & data komputer sehingga menjadi bebanan kepada kalangan guru-guru Malaysia

Sistem PBS yang dibangunkan untuk memudahkan kerja kalangan guru dilihat satu bebanan apabila sistem yang disediakan tidak “mesra pengguna”. Sehingga ada kalangan guru-guru yang menghantar email aduan kepada kami menyatakan yang mereka kerapkali menghadapi masalah sepanjang menggunapakai PBS online ini sehingga tidak mampu menyiapkan kerja-kerja pbs seperti (membina instrumen(soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting dan key-in ke dalam sistem PBS online guru ini) apatah lagi melibatkan jumlah pelajar yang ramai orang pelajar bagi setiap ratusan soalan yang ada.

Masalah bukan terletak pada ratusan band pelajar ke dalam sistem. Tetapi, bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya ditambah dengan sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi internal error sedangkan kalangan guru ini tetap mengejar masa untuk menyiapkan PBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan (LPM)

Sistem PBS ini bagus pada dasarnya. Tetapi dilaksanakan dalam kerangka yang kurang kemas sehingga menjadikan hasilnya carca merba. Minta dan mohon diperbaiki segera.

P/S : Apabila dibangunkan suatu sistem yang digunakan bilangan pengguna yang ramai dan kerapkali digunakan untuk disiapkan dengan segera, prestasinya perlulah setandingdengan tujuan sistem tersebut diwujudkan.

Leave a Reply