Adakah Pinjaman PTPTN Akan Dipotong Atau DiHapuskan?

permohonan ptptn

Tabung PTPTN sekarang ini semakin kering. Itu hakikatnya.

Sebab kemungkinannya, mungkin kerajaan sudah kekurangan dana atau pun juga sebab utamanya adalah bekas-bekas peminjam yang masih degil dan buat-buat tidak tahu dengan tanggungjawab mereka membayar semula kemudahan pinjaman permohonan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia.

PUTRAJAYA – Jika selama ini sesiapa sahaja yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan layak memohon dana daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penuntut pada masa depan mungkin tidak lagi mendapat keistimewaan seperti itu.

Ini kerana Kementerian Pengajian Tinggi akan menyemak semula syarat kelayakan memohon dana atas kesedaran bantuan sepatutnya diberikan kepada golongan yang layak. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kajian semula itu dibuat atas dasar menjamin keadilan sosial.

Adakah selama ini pinjaman PTPTN ini diberikan juga kepada yang tidak layak? Nak dikatakan begitu longgarnya cara mengutip semula semua duit daripada semua peminjam PTPTN sebelum-sebelum ini, sehinggakan ada yang mengatakan yang peminjam tidak perlu risau untuk membayarnya semula selagi senior-senior terdahulu belum menjelaskan hutang-hutang mereka.

Pemiutang saban tahun bertambah. Sampai-sampai bila pun, masalah ini sukar untuk diatasi.

P/S : Kebelakangan ni kementerian ada jalankan usaha dengan menyiarkan nama-nama peminjam dan penjamin utk mendapatkan kembali wang pinjaman PTPTN . Tetapi diarasakan cara ini kurang efektif.

Leave a Reply