Pinjaman PTPTN: Pinjaman Perbelanjaan Pelajar IPTA Dihapuskan & Yuran Pengajian KEKAL ?

ptptn online

Konsep dah meminjam, selepas meminjam wajib membayarnya. Sekarang ini akibat hutang dari pemberian pinjaman PTPTN dikatakan dah tak tertanggung, sudah ada timbulnya cadangan pemberian pinjaman perbelanjaan PTPTN dihapuskan.

Ini semua dilakukan adalah disebabkan untuk mengurangkan perbelanjaan yang semakin melambung tinggi dan tidak sepadan dengan “perolehan” PTPTN yang sepatutnya dibayar semua oleh peminjam. Setakat ini dah 1.87 juta penuntut membuat pinjaman PTPTN membabitkan peruntukan RM41.6 bilion. Banyak juga. SEmakan ptptn online boleh dilakukan sekarang ini, untuk mengetahui berapa jumlah yang tidak terbayar lagi

Selepas ini generasi muda kita besar kemungkinan akan terpaksa menggunakan duit sendiri bagi menyara kehidupan mereka di pusat pengajian tinggi kelak. Mungkin?

  • bukan semua dapat JPA/MARA
  • Bukan semua yang ada ini anak-anak ahli politik atau menteri yang boleh hantar anak-anak belajar ke mana-mana universiti luar negara dan juga
  • Bukan semua yang dapat belajar di universiti contohnya datang daripada keluarga yang “mampu”

Punca Hutang Pinjaman PTPTN Melonjak Naik

Kita berbalik kepada realitinya sekarang ini, apa faktor-faktor penyebab perbelanjaan operasi bagi pemberian pinjaman PTPTN melambung tinggi tetapi tidak setimpal dengan bayaran balik yang sepatutnya mereka perolehi

  • Pertama, yang bagi pinjaman PTPTN ini adalah kerajaan yang mempunyai tugas untuk membantu rakyatnya bukannya berniaga, apatah lagi dengan rakyat sendiri. Jadi bagi kami mengapa mahu dicaj yuran perkhidmatan kepada peminjam pada kadar yang membebankan?
  • Keduanya, kami lihat ramai peminjam yang tidak layak, turut diberikan juga pinjaman PTPTN utnuk situasi sekarang ini
  • Yuran pengajian yang tidak sekata dikalangan IPTA, sehingga ada pelajar yang menikmati duit perbelanjaan yang berlebihan berbanding rakan-rakan mereka di IPTA yang lain
  • Terdapat yuran IPTS atau kolej swasta yang terlalu mahal yuran pengajiannya, turut diberikan pinjaman PTPTN
  • Pelajar itu sendiri ada kelemahannya menyalahgunakan peruntukan pinjaman PTPTN yang diperolehi mereka untuk membeli “barang-barang yang bukan keperluan” yang tidak sepadan dengan tugas mereka hanya untuk belajar bukan bergaya. Jikalau anda menggunakan sebahagian kecil pinjaman PTPTN membeli emas pada awal pengajian, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bayaran pinjaman PTPTN anda, 3 atau 4 tahun selepas itu. Contoh sahaja

Lagipun PTPTN ini sebuah organisasi yang ada kewibawaannya yang pastinya ada kepakaran untuk menstruktur semula beban hutangnya itu, dan kami yakin PTPTN mampu melakukannya. Dalam pada masa yang sama kami ada beberapa cadangan untuk diutarakan kepada PTPTN :

  1. Seperti biasa kalau nak kenakan caj perkhidmatan biarlah berpada. Contohnya, caj perkhidmatan yang PTPTN kenakan sebanyak RM75 sebulan. PTPTN nak membantu atau nak menekan peminjam? Janganlah ambil kesempatan di atas kesempitan peminjam yang datang daripada keluarga yang kurang mampu dan miskin ketika mahu memohon bantuan untuk menuntut ilmu
  2. Elakkan memberikan pinjaman PTPTN sekaligus pada awal pengajian. Akhirnya nanti masuk bulan ke-3, ke-4 semester pelajar akan mula ikat perut disebabkan sebahagian daripada peminjam PTPTN sudah berjoli sakan dengan duit tersebut. Ini realitinya. Jadi pada pandangan kami PTPTN sepatutnya mengagihkan wang untuk perbelanjaan pengajian kepada pelajar mengikut bulan (setiap awal bulan) bukannya diberikan sekaligus. Dalam pada masa yang sama, beban kewangan cash flow pihak PTPTN dapat dikurangkan.
  3. Pelajar yang mendapat 2nd class upper mungkin boleh diberikan sedikit kelonggaran daripada segi diskaun pembayaran semula supaya mereka turut dihargai dan memberikan cabaran untuk pelajar supaya lebih berusaha keras semasa menuntut

Kami yakin dengan bantuan kerajaan, PTPTN mampu mengatasi sebarang masalah beban hutang yang ditanggung bagi membolehkannya meneruskan pemberian pinjaman kepada pelajar pada kadar munasabah. Kalau ikut perangkaan PTPTN, perbadanan itu menghadapi masalah mengutip tunggakan pinjaman daripada 246,000 peminjam berjumlah RM1.3 bilion. Jumlah tertunggak yang besar ini bukan saja membebankan PTPTN, malah menafikan hak beribu-ribu pelajar lain untuk mendapat pinjaman PTPTN.

Kami berharap kerajaan tidak sewenang-wenangnya akan mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan setiap pelajar yang layak, terutama yang kurang kemampuan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi. Sikap ini sudah tentu timbul daripada kesedaran bahawa pembangunan modal insan adalah sesuatu yang tidak boleh dikorbankan, walaupun di atas alasan kesempitan wang.
[poll id=”204″]
Oleh itu, PTPTN tidak mempunyai pilihan selain meneruskan tanggungjawabnya untuk membiayai & menyalurkan pinjaman PTPTN kepada pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke IPT “menggunakan sistem yang lebih baik”

Leave a Reply