Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Dengan SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah dan Menengah

SAPS iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah diwujudkan bertujuan bagi membuat pengumpulan, penyimpanan, dan menalisis data peperiksaan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan platform ini untuk dimanfaatkan oleh para ibu bapa atau penjaga murid bagi memantau setiap perkembangan akademik dan prestasi anak mereka.

Slip keputusan peperiksaan pelajar, sama seperti saps semakan ibu bapa boleh dimuat turun melalui aplikasi mypt3.

Ini memudahkan ibu bapa untuk semak keputusan peperiksaan sekolah anak mereka dari masa ke semasa bagi berada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.

Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa

Di bawah adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menyemak di laman SAPS online:

saps semakan ibu bapa

Perkara Butiran dan Pautannya
Cara Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah SAPS Ibu Bapa 1. Sila layari laman web rasmi SAPS, klik pada sapsnkra.moe.gov.my
2. Kemudian, sila klik pada butang menu berwarna hijau iaitu SEMAKAN IBUBAPA yang ada di laman SAPS itu.
3. Selepas itu, anda akan dibawa ke halaman baru dan sila klik pada pautan ini : sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
4. Maklumat No IC atau sijil lahir pelajar hendaklah dilengkapkan. Seterusnya, pilih sama ada berada di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Ruangan tahun peperiksaan juga mestilah diisi.
5. Akhir sekali, klik pada butang SEMAK

Tarikh Key-in/ Kemaskini Data Ujian Peperiksaan Sekolah SAPS

Jadual yang dilampirkan di bawah adalah meliputi kemasukan data ujian peperiksaan sekolah tahun 2016. Ibu bapa juga boleh berpandukan jadual ini untuk menyemak keputusan peperiksaan anak mereka dengan merujuk tarikh key-in markah ke dalam sistem SAPS ibu bapa.

Ujian atau Peperiksaan Tarikh Mula Key in Markah
Tarikh Akhir Key in Markah
Ujian Awal Tahun bagi Tahun 6
dan Tingkatan 6
10/11 Mac 2016 2 April
Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tahun 6 dan Tingkatan 6 19/20 Mei 2016 11 Jun 2016
Peperiksaan Percubaan bagi Tahun 6 dan Tingkatan 5 21/22 Julai 2016 6 Ogos 2016
15/16 September 2016 1 Oktober 2016
Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 5 10/11 September 2016 25 November 2016

nfo : Untuk semak peperiksaan Tahun 6, Tahun 1 hingga 5 juga boleh diguna pakai. Untuk semak peperiksaan Tingkatan 5, Tingkatan 1 hingga 4 juga boleh diguna pakai

Gred Markah Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah 2016

Gred Untuk Sekolah Rendah 2016
Julat Markah Gred
80-100 A (Cemerlang)
65-79 B (Baik)
50-64 C (Memuaskan)
40-49 D (Mencapai Tahap Minimum)
0-39 E (Belum Mencapai Tahap Minimum)
TH TH (Tidak Hadir)
Gred Untuk Menengah Rendah 2016
Julat Markah Gred
85-100 A Cemerlang
70-84 B Kepujian
60-69 C Baik
50-59 D Memuaskan
40-49 E Mencapai Tahap Minimum
00-39 F Belum Mencapai Tahap Minimum
TH TH Tidak Hadir
Gred Untuk Menengah Atas 2016
Julat Markah Gred
90-100 A+ Cemerlang Tertinggi
80-89 A Cemerlang Tinggi
70-79 A- Cemerlang
65-69 B+ Kepujian Tertinggi
60-64 B Kepujian Tinggi
55-59 C+ Kepujian Atas
50-54 C Kepujian
45-49 D Lulus Atas
40-44 E Lulus Atas
00-39 G Gagal
TH TH Tidak Hadir

Kini, ada cara lebih mudah untuk membuat semakan markah peperiksaan anak-anak dengan hanya memuat turun aplikasi Semakan SAPS Ibu Bapa NKRA Online.

Selepas memuat turun aplikasi SAPS Ibu Bapa NKRA Online di Play Store Android, anda sudah boleh melakukan semakan. Ini jelaslah lebih memudahkan lagi para ibu bapa untuk mengikuti setiap perkembangan dan prestasi pelajaran anak-anak di sekolah.

“UNTUK MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK-ANAK, APLIKASI SAPS NKRA INI BOLEHLA DIMUAT TURUN

Semak Keputusan Peperiksaan UPSR, PT3, Result SPM

  • Semakan keputusan peperiksaan seperti Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah UPSR, Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 dan juga Sijil Pelajaran Malaysia SPM tidak boleh dibuat menerusi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau juga dikenali sebagai SAPS ibu bapa.
  • Sebaliknya bagi mereka yang ingin menyemak dan mendapatkan keputusan tersebut haruslah merujuk kepada pihak sekolah masing-masing atau Lembaga Peperiksaan Sekolah ataupun Kementerian Pendididikan Malaysia (KPM).

Tindakan Yang Harus Dilakukan Bagi Perihal SAPS :

  • Jika No. IC atau Sijil Lahir Pelajar telah dimasukkan ke dalam sistem semakan SAPS, tetapi masih tidak dapat mengakses sistem tersebut, pelajar haruslah memaklumkan perihal tersebut kepada guru kelas mereka.
  • Guru kelas berkenaan akan membuat tindakan dengan mengemaskini data pelajar tersebut melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan masalah ini akan dilaporkan kepada pihak berwajib iaitu Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah.
  • Tindakan yang sama harus dilakukan seperti di atas sekiranya terdapat kesalahan pada ejaan nama pelajar.

Kemungkinan Yang Akan Berlaku Ketika Semakan SAPS NKRA

  • Ketika mengaskses portal Sistem Analisis Peperiksaan sekolah, kemungkinan besar pelajar atau ibu bapa akan menghadapi kesukaran. Ini mungkin kerana, terlalu ramai pengguna yang akses portal ini pada masa yang sama.
  • Ataupun kebarangkalian portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah sedang dikemaskini untuk penambahbaikan mutu sistem dan perkhidmatannya.
  • Jika mengalami masalah seperti di atas, anda dinasihati supaya bersabar untuk melayari portal SAPS online.
  • Diharapkan dengan perkongsian ini ibu bapa akan mendapat peluang untuk menyemak setiap perkembangan prestasi akademik anak-anak demi masa depan yang lebih terjamin. Mudah-mudahan

Leave a Reply