SPPBS 2013 Teruk : Lembab Tak Selamat Teknologi Lama Membazir

pbs 2013

Isu SPPBS pernah Berita Semasa bangkitkan (DI SINI), dan masalah SPPBS ini boleh Berita Semasa samakan isunya dengan kes HRMIS login juga seperti yang telah pun dijelaskan pada artikel ini, mypt3.com/hrmis-login-eghrmis2

Antaramuka sistem seperti zaman awal tahun 2000. Kadang-kadang sukar untuk diakses. Apabila diajukan pertanyaan kepada JPA, apa jawapan mereka? Rupa-rupanya….

Rupa-rupanya mereka tidak menjangkan kadar peningkatan penjawat awam yang akan menggunakannya? Ha?? Erm…..tepuk dahi dan geleng kepala Berita Semasa mendengar jawapan seperti itu…

Dan keadaan akan menjadi lebih teruk lagi menjelang awal tahun hadapan, lebih tepat lagi apabila menghantar LNPT. Betul atau tidak?

Di sini Berita Semasa ingin kongsikan aduan daripada kalangan guru yang benar-benar kecewa dengan sistem SPBBS 2013 ini yang diharapkan merupakan sistem yang baik di atas kerta sperancangan tetapi dek kerana pelaksanaan sistem yang tidak tersusun akhirnya ramai guru terkesan sekarang ini….

SPPBS 2013 : Aduan & Teguran Guru Malaysia Bagi Penambaikan SPPBS

Berikut merupakan teguran seorang guru IT tentang masalah SPPBS 2013 yang sedang dilaksanakan:

Assalamualaikum,

SAYA ingin membuat aduan berkenaan dengan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berikut adalah aduan saya:

  1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia mengandungi banyak ‘holes’ dan masalah security pada browser yang berbahaya & vulnerable kepada pengguna sebab boleh di exploit untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan beratus-ratus pegawai IT kat KPM tak boleh kenalpasti perkara asas seperti ini?
  2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80% pengguna komputer di seluruh dunia.
  3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini yang menyusahkan ramai user sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft Server yang mahal kos tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih murah menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dsb. Berapa banyak pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini.
  4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer.
  5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru.

Saranan saya untuk penambaikan SPPBS 2013 ini:

  1. Penambahbaikan sistem dalam stage akan datang yang membolehkan sistem di access oleh semua browser (compatibility). Semua orang yang develop sistem benci dan mengelakkan menggunakan Internet Explorer (versi 10 dan ke bawah) yang developer tahu kelemahannya yang ketara. Tetapi kerajaan menggunakan juga sistem ini. Semua orang gelakkan sistem ketinggalan zaman yang masih menggunakan Internet Explorer pada tahun 2013.
  2. Bandwidth server untuk access ke dalam sistem perlu di tambah. Fikirkan berpuluh ribu guru seluruh Malaysia access pada masa yang sama terpaksa membuang masa terlalu lama memasukkan data, tidur lewat malam, bangun awal pagi semata-mata kelemahan sistem ini. Kemudian mengajar pada waktu siang pula. Pernah orang KPM mengambil kira perkara ini?

Harap dapat membuat penambahbaikan secepat mungkin untuk kebaikan semua. Idea KPM dalam SPPBS ini amat dipuji dan sepatutnya perkara begini tidak berlaku sebab skala penggunakan sistem yang meliputi beratus ribu pengguna.

Ia hanya menyebabkan matlamat utama penggunaan sistem ini sukar di capai dan ia hanya menyusahkan guru-guru yang semakin terbeban. Bukan terbeban memasukkan data tetapi terbeban menunggu sistem loading dan tak compatible yang memakan masa terlalu lama untuk di access.

Wassalam

Daripada : Guru Yang Menjadi Mangsa SPPBS

Apa yang Berita Semasa perhatikan termasuk daripada kebanyakan aduan yang kami teriam selama ini, rata-rata kalangan guru dan ibu bapa mentang keras tentang pelaksanaan SPPBS. Mereka benar-benar kecewa dengan sikap acuh tidak pihak atasan yang bertanggungjawab sehingga berbangkit seklai lagi isu SPPBS 2013 kali ini.

“Ibarat melukut di tepian gantang  sahaja.”

Guru hanya mampu merungut tetapi kerja tetap jalan walau dalam keterpaksaan dengan kerja tidak berkesudahan ditambah tidur yang tidak pernah cukup. Ada yang kalangan daripada anda mahu tambah aduan dan saranan untuk penambaikan SPPBS 2013 ini? Bincangkannya di sini…

P/S : Diharapkan aduan dan saranan daripada kalangan guru mendapat perhatian serius daripada pihak KPM! Bukan sekadar mengambil suara bangkangan guru semata…

Leave a Reply